Assalamualikum w.b.t
Anda memerlukan sebuah Muslim Homestay yang terletak betul-betul di tengah Kuala Pilah? Kamilah pilihan anda!
Homestay kami terletak strategik di lokasi tumpuan umum. Terdapat pelbagai kemudahan di sekitar homestay ini tanpa perlu anda memandu kereta. Hanya parking di rumah dan hanya berjalan kaki sahaja.
Anda mempunyai majlis kenduri perkahwinan di Dewan Dato' Bahaman? Ya, kamilah pilhan anda kerana ianya hanya terletak betul-betul di belakang homestay sahaja!
Apa lagi yang ada di sekitar? Pelbagai deretan kedai makan goreng-goreng, kedai tom yam, kuey tiaw Ah Choy (yang terkenal kat pilah ni), kedai dobi, 99 Speedmart, kedai jahit, Gedung Minang Sari, kedai topup, kedai buku, Public Bank, Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) dan macam-macam lagi semuanya ada di sekitar homestay dengan hanya berjalan kaki sekitar 100m sahaja. Kami ulang sekali lagi hanya berjalan kaki sahaja tanpa perlu keluar memandu kereta. Kalau anda nak beriadah atau jongging, silalah ke Bukit Rekreasi Pilah Jalan Bukit yang juga terletak hanya di belakang homestay sahaja.
Kalau waktu malam anda nak lepak-lepak bersama kawan atau keluarga, boleh juga berjalan kaki ke Stesen Bas Kuala Pilah sekitar 5 minit berjalan kaki kerana bermula pukul 6.30pm di situ dibuka pelbagai gerai makanan dan minuman yang menarik. Kat sini juga terletaknya KP Cendol (Cendol Bustand) yang paling pemes kat Pilah ni. Tapi kena datang sebelum pukul 5.30pm la yee.
Anda juga boleh rujuk post terdahulu di sini jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kemudahan di sekitar homestay kami.
Terima kasih.
Untuk penempahan dan maklumat lanjut, sila telefon/whatsapp nombor yang tertera di gambar.
No comments:
Post a Comment